Tuesday, February 3, 2026
HomePolitikSkandal Perlombongan Sabah: Nama Robert Tawik Star Juga Tersenarai Terima RM300K Rasuah

Skandal Perlombongan Sabah: Nama Robert Tawik Star Juga Tersenarai Terima RM300K Rasuah

Malaysiakini Dedah Skandal Perlombongan Robert Tawik

Sabah digemparkan dengan pendedahan terbaru Malaysiakini berhubung Skandal Perlombongan dan rasuah yang mengaitkan ramai pemimpin utama parti pemerintah negeri. Antara nama yang disebut ialah Robert Tawik, Adun Bingkor dan Timbalan Presiden Parti Star.

alt="Robert Tawik skandal perlombongan Sabah Adun Bingkor Star"

Malaysiakini Dedah Jumlah Diterima

Menurut laporan Malaysiakini, Robert Tawik didakwa menerima bayaran sebanyak RM300,000. Dakwaan ini dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang menyerahkan rakaman video, mesej WhatsApp dan dokumen transaksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain Robert Tawik, nama Presiden Star Jeffrey Kitingan juga disebut dalam laporan itu.

Jumlah yang didakwa diterima Jeffrey Kitingan adalah RM1.78 juta, menjadikannya penerima paling tinggi dalam senarai enam nama pemimpin PBS dan Star yang terpalit.

Jeffrey Kitingan Juga Terpalit Skandal Perlombongan Sabah

Jeffrey Kitingan bukan sahaja Presiden Parti Star. Beliau juga Timbalan Ketua Menteri I Sabah dan Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri.

Namun, menurut laporan Malaysiakini, beliau dikaitkan dengan penerimaan rasuah hampir RM2 juta.

Jika benar dakwaan ini, ia bukan sahaja menjatuhkan nama beliau, tetapi memalukan seluruh rakyat Tambunan yang mempercayai kepimpinannya sejak dahulu.

Dun Bingkor Masih Mundur Di Bawah Robert Tawik

Penduduk Bingkor dan Tambunan tahu kawasan mereka masih ketinggalan. Ramai belum ada air paip bersih sepenuhnya. Jalan ke kebun rosak teruk. Anak muda ramai berhijrah ke bandar kerana tiada peluang pekerjaan.

Namun, pemimpin mereka hari ini disebut terima ratusan ribu hingga jutaan ringgit hasil skandal rasuah sabah. Di mana letaknya nasib rakyat dalam hati mereka?

SPRM Sabah Siasat Skandal Perlombongan Robert Tawik

Malaysiakini melaporkan pemberi maklumat telah menyerahkan rakaman video penuh, telefon bimbit, dan 300 muka surat dokumen kepada SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan dua Adun akan didakwa dalam masa terdekat. Nama lain menunggu keputusan timbalan pendakwa raya.

Rakyat Bingkor Perlu Tahu Skandal Perlombongan Ini

Jika benar dakwaan ini, rakyat Bingkor dan Tambunan berhak tahu. Pemimpin yang mereka undi sepatutnya membawa pembangunan dan membantu kehidupan mereka, bukan mengejar kekayaan peribadi.

Skandal ini bukan sahaja memalukan nama kawasan, tetapi menambah penderitaan rakyat yang masih bergelut dengan kemiskinan dan kos sara hidup.

Kesimpulan

Artikel ini hanya merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 28 Jun 2025 mengenai Skandal Perlombongan yang mengaitkan Robert Tawik Star Sabah. Rakyat Bingkor dan Tambunan patut menilai sendiri kebenaran pendedahan ini.

Apakah masa depan mereka akan terus ditentukan oleh pemimpin yang dikaitkan dengan skandal jutaan ringgit, sedangkan rakyat masih menunggu air bersih dan jalan sempurna di kampung mereka?

Baca Juga Artikel Berkaitan


📣 Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Fakta dan Info Terkini

📲 WhatsApp Channel: Gerakan Suara Borneo

👍 Facebook Page: Gerakan Suara Borneo

🎥 TikTok: @gerakansuaraborneo

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments