Saturday, May 23, 2026
HomePelanconganSTB hargai peranan penting media promosi industri pelancongan Sabah!

STB hargai peranan penting media promosi industri pelancongan Sabah!

KOTA KINABALU: Pihak media memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri pelancongan Sabah. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, malam penghargaan anjuran Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang menghimpunkan pengamal media Sabah diadakan bagi menghargai sokongan berterusan  dalam industri ini.

“Malam ini bukan sahaja sebagai bentuk apresiasi, tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap peranan besar media dalam membantu memperkenalkan Sabah ke persada tempatan dan antarabangsa.

We wandered the site with other tourists

“Sokongan berterusan melalui liputan berita, wawancara, dan visual banyak membantu memperkenal industri ini kepada pengunjung dari dalam negara dan luar negara,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai. 

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Il Alesia Sion dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffery Jimit.

Bercakap lanjut Christina berkata, media juga memberikan sumbangan dalam mengetengahkan kekayaan ekopelancongan, warisan budaya, komuniti tempatan, bakat kreatif dan inisiatif pelancongan yang lain. 

“Usaha ini membantu meletakkan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

“STB menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh dan mempelbagaikan tawaran pelancongan negeri serta mengeratkan kerjasama dengan media.

“Semoga kita dapat terus menonjolkan keindahan dan keramahan Sabah kepada dunia bersama-sama,” katanya.

Dalam majlis ini, pelbagai acara menarik dijalankan bagi mengukuhkan hubungan erat antara pihak pelancongan dan media antaranya acara khas, pakaian terbaik dan cabutan bertuah.

Baca Juga Artikel Berkaitan


📣 Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Fakta dan Info Terkini

📲 WhatsApp Channel: Gerakan Suara Borneo

👍 Facebook Page: Gerakan Suara Borneo

🎥 TikTok: @gerakansuaraborneo

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments