ADUN Elopura Buat Laporan Polis: Projek RM31 Bilion di SOGIP Didakwa Gagal Dimulakan
SANDAKAN, 13 Jun 2025 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun hari ini membuat laporan polis terhadap projek pelaburan Esteel Enterprise di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang bernilai RM31 bilion.
Dalam laporan polis yang difailkan di Balai Polis Sandakan, beliau menyatakan bahawa sehingga kini, tiada sebarang tanda pembinaan atau pembangunan dilakukan oleh syarikat pelaburan dari China itu walaupun diumumkan secara rasmi sebanyak tiga kali sejak tahun 2022.
Skandal berkaitan pelaburan RM31 bilion ini juga telah dilaporkan dalam artikel ini mengenai Esteel SOGIP: Sabah Ditipu?, yang mendedahkan isu tapak kosong dan kebimbangan rakyat terhadap ketelusan projek.”
“Kami telah meninjau tapak tersebut menggunakan dron. Malangnya, bukan sahaja tiada batu bata, malah tiada papan tanda pun di lokasi berkenaan,” katanya yang turut ditemani ADUN Sri Tanjong, YB Justin Wong dan Penasihat Dr Istephen Koh pada lawatan tapak 10 Jun lalu.
📸 Bukti Laporan Polis


Projek RM31 Bilion SOGIP: Tiada Pembinaan, Didakwa Projek Ghaib
Menurut laporan itu, pelancaran projek oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 30 November 2022, 9 Januari 2024, dan 30 Mei 2025 menimbulkan keraguan besar kerana pelaksanaan fizikal masih belum bermula.
Lebih mengejutkan, nilai pelaburan diumumkan meningkat daripada RM20 bilion kepada RM31 bilion, walaupun tiada kemajuan dapat dilihat di tapak projek.
“Adakah rakyat Sabah ditipu sekali lagi menjelang PRN? Adakah ini satu bentuk penipuan politik untuk memancing undi?” soal Calvin Chong dalam laporannya.
Laporan Polis Didesak: Siasat Pelaburan Esteel Enterprise di SOGIP
Beliau juga menggesa pihak polis untuk menyiasat secara menyeluruh mengenai projek ini serta memohon agar sumbangan caruman KWSP dan PERKESO disemak sebagai bukti sama ada rakyat Sabah benar-benar telah diambil bekerja dalam projek berkenaan.
“Jika benar Esteel Enterprise sudah mengambil ribuan pekerja seperti dijanjikan oleh kerajaan GRS, sepatutnya ada bukti caruman atau senarai pekerja,” katanya lagi.
Impak Ekonomi Hanya Atas Kertas?
Menurut dokumen kerajaan, projek ini sepatutnya mencipta lebih 30,000 peluang pekerjaan secara langsung dan menjana spin-off ekonomi untuk rakyat Sabah. Namun sehingga kini, semuanya masih kekal sebagai janji atas kertas.
ADUN Elopura Tegas: Jangan Permainkan Harapan Rakyat Dengan Pelaburan Ghaib
ADUN Elopura mengakhiri kenyataannya dengan peringatan tegas: “Jangan jadikan projek pelaburan sebagai gimik politik untuk meraih undi. Rakyat Sabah berhak tahu kebenaran.”
Baca Juga Artikel Berkaitan
- 👉 Warisan cadang Kertas Putih dan siasatan Audit Negara bagi tangani prestasi GLC Sabah
- 👉 WIRA Warisan sokong Ombudsman Sabah
- 👉 Shafie Apdal dakwa ekonomi Sabah belum pulih di bawah kerajaan GRS
- 👉 Dua Individu Bakal Didakwa Dalam Skandal Rasuah Sabah – SPRM
- 👉 Fakta Sebenar: Parti Warisan Tidak Patut Dipersalahkan dalam Isu Pan Borneo
📣 Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Fakta dan Info Terkini
📲 WhatsApp Channel: Gerakan Suara Borneo
👍 Facebook Page: Gerakan Suara Borneo
🎥 TikTok: @gerakansuaraborneo

