PMX Umum Ambalat Dengan Indonesia, GRS Diam Sabah
Sabah hari ini terus menjadi negeri yang dipinggirkan dalam banyak keputusan besar negara.
Isu Ambalat menjadi bukti terbaru bagaimana Putrajaya membuat keputusan penting yang melibatkan hak Sabah tanpa konsultasi dengan kerajaan negeri, manakala GRS tidak mengeluarkan pendirian tegas untuk mempertahankan kepentingan Sabah dalam isu ini.
Apa Itu Blok Ambalat Sabah Yang Diserah Putrajaya?
Ambalat terletak di Laut Sulawesi, bersebelahan sempadan maritim Sabah-Indonesia. Kawasan ini:
- Dipercayai mengandungi sehingga 764 juta tong minyak dan 1.4 trilion kaki padu gas.
- Berpotensi menghasilkan hingga 1 juta tong minyak dan gas sehari, cukup untuk mengubah ekonomi Sabah selamanya.
Pada tahun 2002, Malaysia menang kes Sipadan-Ligitan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi Ambalat kekal sengketa sempadan dengan Indonesia.
Kini, perjanjian joint development diumumkan Putrajaya dan Jakarta pada 27 Jun 2025 tanpa sebarang penglibatan atau suara daripada kerajaan negeri Sabah.
Mengapa Putrajaya Umum Pembangunan Bersama Ambalat Tanpa Konsultasi Dengan Sabah?
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengumumkan pembangunan bersama Ambalat kerana rundingan sempadan dijangka mengambil puluhan tahun. Namun, tindakan ini:
- Mengabaikan hak Sabah sebagai rakan pengasas Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Membelakangkan kerajaan negeri Sabah dan rakyatnya yang selama ini mempertahankan hak maritim dan sumber asli sendiri.
GRS Diam Isu Ambalat Sabah – Hak Kita Terus Hilang?
Di sinilah kecewa rakyat Sabah memuncak. GRS sebagai kerajaan negeri tidak bersuara menuntut hak Sabah dalam isu ini. Tiada kenyataan keras menolak tindakan Putrajaya. Tiada desakan supaya hasil pembangunan Ambalat diagihkan kepada Sabah.
Persoalannya, adakah pemimpin Sabah hari ini benar-benar berani mempertahankan hak rakyatnya?
Mengapa Rakyat Sabah Terus Diam?
Orang Sabah sudah terlalu lama diajar untuk percaya kepada pemimpin yang kononnya menjaga mereka, sedangkan dalam senyap, hak negeri diserahkan satu demi satu. Dari minyak dan gas, MA63, PTI, hinggalah Ambalat hari ini, rakyat terus disuap dengan kata-kata manis dan janji pembangunan – walaupun realitinya, kita terus miskin di negeri sendiri.
Sikap percaya membuta tuli kepada parti Malaya dan parti tempatan yang tunduk kepada Putrajaya inilah yang melemahkan Sabah selama ini. Mereka bermain psikologi dengan kata-kata “demi perpaduan”, “demi kestabilan”, sedangkan hak kita dikikis sedikit demi sedikit.
Siapa Sebenarnya Yang Akan Membela Kita?
Jika parti Malaya tidak peduli, bagaimana nasib kita? Sementara itu, parti GRS pula hanya diam membisu. Lebih menyedihkan, pemimpin kita sendiri nampaknya lebih takut kepada Putrajaya daripada membela rakyatnya.
Persoalannya siapa lagi yang akan mempertahankan hak Sabah?
Rakyat Sabah Mesti Bangkit Dengan Kesedaran
Bangkit bukan bermaksud rusuhan. Bangkit bermaksud:
- Menolak parti yang hanya membawa arahan Malaya.
- Menolak pemimpin tempatan yang hanya menjadi alat pusat.
- Menyokong parti dan gerakan yang benar-benar berani memperjuangkan hak Sabah di Parlimen dan di pentas antarabangsa.
Isu Ambalat ini menunjukkan pentingnya Sabah memiliki pemimpin yang berani bersuara mempertahankan hak negeri. Dalam rekod pentadbiran lalu, Parti Warisan telah menunjukkan usaha ke arah itu dengan langkah undang-undang untuk memperkukuh hak maritim negeri.
Jika kita mahu Sabah terus maju, kita memerlukan kepimpinan yang mengutamakan Sabah di atas segala kepentingan politik lain – sama ada parti Malaya atau parti tempatan yang hanya menurut keputusan pusat tanpa persoalan.
Baca Juga Artikel Berkaitan
- 👉 Warisan cadang Kertas Putih dan siasatan Audit Negara bagi tangani prestasi GLC Sabah
- 👉 WIRA Warisan sokong Ombudsman Sabah
- 👉 Shafie Apdal dakwa ekonomi Sabah belum pulih di bawah kerajaan GRS
- 👉 Dua Individu Bakal Didakwa Dalam Skandal Rasuah Sabah – SPRM
- 👉 Fakta Sebenar: Parti Warisan Tidak Patut Dipersalahkan dalam Isu Pan Borneo
📣 Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Fakta dan Info Terkini
📲 WhatsApp Channel: Gerakan Suara Borneo
👍 Facebook Page: Gerakan Suara Borneo
🎥 TikTok: @gerakansuaraborneo


