Sabah Masih Derita Bekalan Air Tidak Stabil – Di Mana Janji Kerajaan GRS?
Sabah masih derita kerana masalah bekalan air bersih yang terus menghantui kehidupan rakyat. Hampir setiap hari, kita membaca laporan di media sosial tentang gangguan bekalan air yang berpanjangan, tekanan air rendah sehingga tidak mampu naik ke tangki rumah bertingkat, dan air paip keruh berwarna coklat seperti teh. Yang lebih menyedihkan, masalah ini berlaku di kawasan bandar dan luar bandar, tanpa mengira waktu dan siapa yang memerintah.
Ketika Pilihan Raya Negeri lalu, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pernah berjanji untuk menyelesaikan isu air bersih dengan segera. Janji ini disambut penuh harapan oleh rakyat, kerana bagi mereka air adalah keperluan asas yang menentukan maruah dan kesihatan keluarga.
Namun kini, sudah lebih beberapa tahun berlalu, Sabah masih derita dengan masalah yang wujud ini. Ramai yang tertanya-tanya, adakah isu air di Sabah terlalu sukar diselesaikan, atau adakah pelaksanaan projek dan perancangan tidak diurus dengan telus dan efektif?
Mengapa Masalah Air Bersih Sabah Masih Tidak Selesai?
Setiap kali berlaku gangguan air, rakyat hanya diberikan penyelesaian sementara seperti penghantaran air menggunakan lori tangki. Walaupun bantuan ini diperlukan, ia bukan penyelesaian jangka panjang yang dinantikan.
Malah, ramai penduduk yang terpaksa membeli air mineral setiap hari untuk memasak dan minum. Bagi keluarga miskin, kos membeli air bersih adalah beban tambahan yang menyesakkan dada.
Kita sering mendengar pelbagai alasan seperti paip lama bocor, tekanan air tidak stabil, loji rawatan air tidak mencukupi kapasiti penduduk, malah masalah kecurian air dan sambungan haram yang memburukkan keadaan.
Namun, rakyat Sabah tidak mahu lagi mendengar alasan. Yang mereka mahu adalah tindakan segera yang memberi hasil nyata, bukan sekadar janji yang diulang saban tahun.
Fakta: 40% Air Terawat Hilang Akibat Paip Bocor
Menurut Laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tahun 2023, hampir 40% air terawat di Sabah hilang akibat paip bocor dan kebocoran sistem agihan.
Ini adalah antara kadar kehilangan air tidak berhasil (non-revenue water) tertinggi di Malaysia. Bayangkan, hampir separuh air yang dirawat tidak sampai kepada pengguna, sedangkan kos rawatan dan operasi ditanggung kerajaan dan rakyat melalui bil air bulanan. Tidak hairanlah Sabah masih derita dengan masalah bekalan air sabah ini sehingga hari ini.
Impak Masalah Bekalan Air Terhadap Ekonomi Sabah
Lebih menyedihkan, di saat rakyat Sabah menghadapi masalah air bersih, mereka melihat projek-projek lain bernilai jutaan ringgit diluluskan dan dijalankan tanpa sebarang kelewatan.
Ini menimbulkan persoalan tentang keutamaan kerajaan GRS dalam membela nasib rakyat.
Jika projek mewah dan pembelian kenderaan rasmi boleh diluluskan segera, kenapa masalah air yang sudah berlarutan puluhan tahun tidak mampu diselesaikan dengan pantas?
Masalah air bersih ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan rakyat, tetapi juga menjejaskan ekonomi Sabah.
Apabila bekalan air tidak stabil, kilang kecil, restoran dan perniagaan lain turut terjejas. Ini mengurangkan produktiviti dan menakutkan pelabur luar yang mahu membuka operasi di Sabah.
Akhirnya, rakyat juga yang rugi kerana peluang pekerjaan semakin sukar diwujudkan sampai rakyat Sabah masih derita mengenai isu ini.
Sampai Bila Rakyat Sabah Perlu Menunggu?
Persoalannya kini, sampai bila Sabah masih derita untuk menikmati air bersih yang stabil setiap hari?
Sampai bila anak-anak kita perlu belajar dalam keadaan tandas sekolah tiada air, guru-guru terpaksa membeli air mineral untuk murid, dan pesakit di hospital terpaksa menanggung risiko jangkitan akibat bekalan air yang terputus?
Kerajaan GRS perlu sedar bahawa isu air bersih ini adalah ujian sebenar keikhlasan mereka membela rakyat.
Rakyat Sabah sudah penat menunggu. Mereka mahu tindakan dan penyelesaian yang telus, cepat, dan menyeluruh. Bukan lagi janji politik yang hanya tinggal di atas pentas ceramah.
Baca Juga Artikel Berkaitan
- 👉 Warisan cadang Kertas Putih dan siasatan Audit Negara bagi tangani prestasi GLC Sabah
- 👉 WIRA Warisan sokong Ombudsman Sabah
- 👉 Shafie Apdal dakwa ekonomi Sabah belum pulih di bawah kerajaan GRS
- 👉 Dua Individu Bakal Didakwa Dalam Skandal Rasuah Sabah – SPRM
- 👉 Fakta Sebenar: Parti Warisan Tidak Patut Dipersalahkan dalam Isu Pan Borneo
📣 Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Fakta dan Info Terkini
📲 WhatsApp Channel: Gerakan Suara Borneo
👍 Facebook Page: Gerakan Suara Borneo
🎥 TikTok: @gerakansuaraborneo
⚖️ Disclaimer:
Artikel ini adalah pandangan penulis berdasarkan kenyataan terbuka YB Jeffrey Kitingan seperti dilaporkan The Borneo Post pada 18 Februari 2022 serta video beliau yang tular di media sosial. Penulisan ini bersifat analisis isu politik semasa dan tidak bertujuan menfitnah mana-mana pihak. Sebarang rujukan lanjut, sila baca laporan asal The Borneo Post di link yang disertakan.


