✨ GRS Kata Buat Kerja Diam-Diam, Tapi Dialog Dapat 100% Mutiara Cluster
Kerja diam diam GRS kini terbukti apabila projek Mutiara Cluster di Sabah jatuh sepenuhnya ke tangan Dialog. Pada 13 Jun 2025, Petronas melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) mengumumkan bahawa Dialog Resources Sdn Bhd, milik penuh Dialog Group Berhad dari Semenanjung, dianugerahkan kontrak Production Sharing Contract (PSC) dengan 100% hak operator dan penyertaan.
Projek selama 14 tahun ini melibatkan lima lapangan minyak dan gas: Nymphe, Nymphe North, Kuda Terbang, Benrinnes, dan Mutiara Hitam, dengan pengeluaran komersial dijangka pada 2029.
💣 Hebatnya GRS – Kerja Diam-Diam Sampai Rakyat Pun Tak Nampak Hasil
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun, menegaskan kerajaan negeri lebih suka “buat kerja diam-diam” dalam hal minyak dan gas. Katanya:
“Bezanya kita buat kerja diam-diam ada hasil. Orang lain cakap, hasil tiada.”
Beliau juga meminta Ketua Pembangkang, Shafie Apdal, untuk mempercayainya walaupun beliau sendiri mengaku masih baru dalam industri minyak dan gas.

🧠 Strategi Paling Bijak, Rakyat Tak Tanya Sebab Tak Nampak
Jika beginilah maksud kerja diam-diam, maka GRS memang kerajaan paling bijak.
Tidak perlu bersusah payah menuntut hak Sabah dalam projek minyak dan gas.
Tidak perlu pun memastikan syarikat Sabah seperti SMJ Energy atau SIP mendapat equity atau konsortium bersama.
Cukup sekadar berdiam diri, keluarkan kenyataan “kerja diam-diam ada hasil”, dan rakyat pun akan diam kerana menyangka pemimpin mereka sedang berjuang.
🔥 Bila Kerja Diam-Diam GRS Sampai Hak Pun Hilang, Apa Gunanya?
Petronas bangga menyatakan PSC ini akan memberi manfaat kepada Sabah. Tetapi hakikatnya, kerja diam diam GRS hanya membuat rakyat Sabah jadi penonton projek yang berlaku di bumi mereka sendiri.
Jika beginilah strategi kerja diam diam GRS, maka benarlah GRS gagal Mutiara Cluster kerana gagal memastikan syarikat negeri sendiri terlibat walaupun kerajaan mendakwa sedang berjuang.
Jika beginilah hasil kerja diam-diam, rakyat Sabah patut bertanya:
- Hasil untuk siapa?
- Di mana hasil untuk syarikat Sabah?
- Adakah rakyat Sabah hanya jadi penonton bila projek negeri sendiri jatuh ke tangan syarikat luar?
✨ Kesimpulan – Sampai Bila Rakyat Sabah Mahu Percaya Dengan “Kerja Diam-Diam”?
Jika projek sebesar Mutiara Cluster pun GRS gagal pastikan hak Sabah terlibat, bagaimana mereka mahu menuntut royalti minyak lebih tinggi atau membangunkan downstream gas negeri ini?
Rakyat Sabah perlu menilai hari ini:
Adakah kita memilih pemimpin untuk buat kerja diam-diam, atau untuk berjuang secara terbuka mempertahankan hak negeri ini?
Baca Juga Artikel Berkaitan
- 👉 Warisan cadang Kertas Putih dan siasatan Audit Negara bagi tangani prestasi GLC Sabah
- 👉 WIRA Warisan sokong Ombudsman Sabah
- 👉 Shafie Apdal dakwa ekonomi Sabah belum pulih di bawah kerajaan GRS
- 👉 Dua Individu Bakal Didakwa Dalam Skandal Rasuah Sabah – SPRM
- 👉 Fakta Sebenar: Parti Warisan Tidak Patut Dipersalahkan dalam Isu Pan Borneo
📣 Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Fakta dan Info Terkini
📲 WhatsApp Channel: Gerakan Suara Borneo
👍 Facebook Page: Gerakan Suara Borneo
🎥 TikTok: @gerakansuaraborneo
⚖️ Disclaimer:
Artikel ini adalah pandangan penulis berdasarkan kenyataan terbuka YB Jeffrey Kitingan seperti dilaporkan The Borneo Post pada 18 Februari 2022 serta video beliau yang tular di media sosial. Penulisan ini bersifat analisis isu politik semasa dan tidak bertujuan menfitnah mana-mana pihak. Sebarang rujukan lanjut, sila baca laporan asal The Borneo Post di link yang disertakan.